Friday, June 1, 2012

Minor Oral Surgery: Pembedahan Geraham Bongsu 2

Kat entry kali ni saya nak share helaian yang saya dapat selepas pembedahan di Klinik Pergigian Batrisya. Actually perkara ni telah pun diterangkan oleh dentist sebelum menjalankan pembedahan dan semasa mendapatkan nasihat untuk menjalankan pembedahan.Sebelum pembedahan dijalankan, dentist soh baca dan soh tandatangan untuk beri kebenaran buat rawatan. Basically i put my trust on her to do the surgery. Tahniah la doktor, dan terima kasih kerana berjaya mencabut gigi tersebut.

PERKARA YANG MUNGKIN BERLAKU SELEPAS PEMBEDAHAN GERAHAM BONGSU

1. Muka di bahagian pembedahan akan kelihatan bengkak sehari selepas pembedahan. Bengkak akan mula susut selepas 2-3 hari. Anda boleh menggunakan kiub ais yang dibungkuskan dengan kain bersih untuk mengurangkan bengkak. (Tuam di tempat yang bengkak).

2. Bahagian pembedahan akan terasa sakit selepas kesan bius hilang (Lebih kurang 2 jam). oleh itu, anda perlu mengambil ubat tahan sakit yang dibekalkan dan sekiranya perlu ubat boleh diambil lagi selepas 6 atau 8 jam.

3. Anda mungkin mengalami masalah pengunyahan, kepedihan di bahagian tepi bibir atau kawasan luka dan sukar membuka mulut seperti biasa. Oleh itu, anda dinasihatkan makan makanan yang lembut.

4. Adalah penting untuk anda mengekalkan tahap kebersihan mulut yang baik untuk mempercepatkan proses pembaikan di kawasan pembedahan. Anda digalakkan berkumur dengan air suam bercampur dengan 1/2 sudu teh garam sehari selepas pembedahan, sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk 4-5 hari.

5. Anda dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman/makanan yang panas serta berkumur secara kuat sehingga darah betul-betul berhenti. Anda juga dinasihatkan supaya tidak merokok atau minun minuman beralkohol buat 24 jam yang pertama untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

6. Sekiranya didapati darah tidak berhenti atau berlaku pendarahan dari tempat pembedahan, gigit kapas/kain bersih selama 20-30 minit dengan kuat dan jangan berbaring. jika berterusan, sila kembali ke klinik atau klinik berhampiran atau Jabatan Kecemasan Hospital (jika selepas waktu pejabat).


 Selepas sahaja balik dan tiba di rumah, memang saya terus makan ubat-ubatan yang dibekalkan dan terus tuam bahagian bawah kawasan gigi yang dicabut tu dengan ais sebelum rasa sakit. Selepas kesan bius hilang memang sakit bila nak telan air liur pun. Kawasan luka pembedahan tu xla terasa berdenyut ke tp rasa la sakit sket. sket je..hehe..kapas memang kena tukar selalu mula-mula tu. Bila selesai makan atau minum memang saya terus berkumur guna air garam ataupun ubat kumur yang dibekalkan oleh klinik. Kat umah memeng dah standby aiskrim, milo sejuk dan sebagainya sebagai persediaan. Kena ingat,nak makan ubat sume kena lepas makan. Jangan biar perut kosong. So sekarang setelah 24 jam setelah pembedahan saya tak rasa sakit cuma mulut memang xleh bukak besar tp cukup la nak suap makanan dan nak berus gigi. Ha.. lupa, dentist pesan gigi bahagian lain kena gosok ye.

No comments:

Post a Comment