Tuesday, March 27, 2012

Hand Foot Mouth Disease (HFMD)

Dua orang puteri saya Nurul Balqis & Nurul Qalesya telah dijangkiti penyakit Kaki,Tangan & Mulut (HFMD) semasa cuti pertengahan penggal yang pertama baru2 ni...simptom bermula dengan batuk & selesema yang  diingatkan gejala biasa. Dah makan ubat pun lambat baik,sampai la si adik Esya mula demam..tu pun disangkakan akibat sejuk mandi kolam air yang baru dibeli. Bintik-bintik pada kaki adik pun pada mulanya disangkakan kesan gigit nyamuk. Selepas demam adik kebah selepas makan ubat,kami mula "ter"sedar mungkin ke ini gejala HFMD. So kami cek la mulut dia selepas menyedari adik tak mahu sangat minum susu selain nak tido dan baru terperasan jugak bintik2 merah kat mulut dia. Suruh adik nganga mulut dan nampak la ulser yang sudah pun bertapak walaupun x banyak. Nasib la Esya masih lagi aktif dan nak jugak minum air.Kami bawa Esya jumpa doktor,mula nak bawa ke Paediatrician tp kedua2 klinik tutup pada hari yang kami nak bawa ke klinik tu,so kami bawa ke GP sahaja. Doktor kata perlu perhatikan tabiat menyusu,kalo ada muntah2,cirit birit dan sebagainya bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi. 

Ni contoh merah-merah pada mulut.Ni bukan gambar Esya,masa sakit tu tak sempat nak bergambar.
 
Merah-merah ni ada pada kakak juga cuma nasib baik Balqis takde ulcer dalam mulut. Ada jugak bintik bintik pada kaki. Balqis ada mengalami batuk batuk yang agak berpanjangan,mungkin disebabkan jangkitan pada tekaknya. Basically dua beradik ni saya suruh minum air banyak selain drpd minum susu seperti biasa.
Alhamdulillah, selepas 3-4 hari semua gejala telah berkurang,yang ketara bintik2 merah dah kering bertukar hitam macm parut. Walaupun laangkah-langkah penjagaan kebersihan sudah diambil, mungkin virus2 ni menyerang ketika kita leka. Yang penting bersegera bawa anak jumpa dengan orang yang lebih pakar iaitu doktor. Mungkin pencarian melalui internet dapat membantu kita memahami gejala-gejala penyakit sebelum kita bjumpa doktor.

Antara web yang dapat membantu: