Wednesday, May 9, 2012

Diorama Sains

Ini adalah antara P&P yang agak lain berlainan sedikit.Kalau ikutkan yang sebenarnya, ini merupakan aktiviti sampingan sahaja. Membuat diorama ni mengambil masa juga sebenarnya dengan kelas hanya 2 masa je seminggu.Disebabkan kelas 2 Abu Bakar ni agak "cepat", maka aktiviti ini boleh dijalankan dengan  menggunakan 2 masa je (1 jam)..Setelah murid2 ni melihat contoh pada buku teks, maka bertambah2 la excited diorang ni,cikgunye pun jd excited jugak..

Contoh diorama pada buku teks merupakan diorama haiwan yang tinggal di  laut..so dengan berpandukan rujukan sedia ada di laman DBP, saya lihat contoh untuk sediakan gambar2 haiwan yang sesuai.

Sebelum tu dah suruh murid2 ni bawa kotak kasut sendiri,dan minta diorg warnakan kotak tersebut siap2 kat rumah supaya cepat sket proses nak hasilkan diorama diorang sendiri.

Ni contoh diorama yang ada pada laman web contoh.

Contoh Diorama Tempat Tinggal Haiwan




Berdasarkan contoh ni, cikgu pun sediakan template untuk gambar2 ni mengikut kategori safari, laut dan kutub.
Cuma kutub tu campur haiwan kutub utara dan kutub selatan..hehe..

Ni contoh template gambar haiwan yang digunakan..gambar2 ni diperolehi dari koleksi clipart kat internet dan koleksi dari kawan2..

Template gambar Haiwan

Diorama - Gambar Haiwan Di Laut

Diorama  - Gambar Haiwan Safari



Diorama  - Gambar Haiwan di Kutub



Template-template ni boleh di download dalam bentuk pdf untuk diprint

1. Haiwan untuk Diorama Laut
2. Haiwan untuk Diorama Safari
3. Haiwan untuk Diorama Kutub

Jadi setiap murid/kumpulan diberikan gambar2 ini untuk diwarnakan terlebih dahulu,kemudian tampalkan pada kertas keras (kad manilla). kemudian guntingkan mengikut bentuknya dan ditampal disusun mengikut kreativiti masing-masing.






Steps yang lebih detail boleh rujuk pada laman  ni >> www.firstpallete.com (habitat diorama)

Laman web ni plak menunjukkan kraf yang sesuai untuk kanak2..Kid's craft..
ada bermacam2 pilihan untuk kanak2..untuk english lesson pun ok...>>>> www.enchantedlearning.com

Ada juga contoh diorama2 yang lain yang lebih advance,mungkin boleh guna untuk ajar seni untuk upper level la kat laman >>>>  www.squidoo.com/shoebox-diorama

My safari diorama....
Tu contoh diorama safari yang cikgu buat dalam masa setengah jam..huhu..tu pun terpaksa minta tolong murid warnakan...simple je tp ok la..kat bawah ni safari diorama kat web first pallete tu..walaupun tak setanding...boleh la nak buat contoh kat murid...


first pallete safari diorama

So far cikgu dan murid seronok melihat hasilnye...sebab sume buat sendiri...dan dapat tampal kat belakang kelas untuk tatapan orang lain...



Murid pun ada kreativiti masing-masing,cuma kena bentukkan dan berikan mereka ni lebih masa....



Tersenyum je..excited sbb nak tangkap gambar..
Ni plak hasil murid lelaki..buat diorama kutub..sume nak cepat je...:)






3 comments:

  1. As salam..

    cantik.. terima kasih atas perkongsian.. dapat saya gunakan untuk kelas tahun 2 Murni di sekolah saya.. :)

    ReplyDelete
  2. Tahun sy dah tak akar DST tahun 2.. dah byk ajar English plak...berubah angin

    ReplyDelete
  3. cantik gmbr2 tu semua share ye tq

    ReplyDelete