Friday, June 21, 2013

Sampul Duit Raya Sales 2013!!!

Waa...entry kali ini saya promo Sampul Duit Raya lah...berangan nak upload & update crite percutian.



Ceriakan hari raya anda dengan pilihan sampul duit hari raya yang menarik. Pastinya menggamit riang hati kanak-kanak tatkala anda memberikannya.


Sampul saiz besar!! (8cm x 15.5cm)

Tak perlu lipat duit!!!

Tawaran harga runcit istimewa hanya di Sampul Duit Raya Sales 2013!


Pertanyaan/order :

SMS/Whatsapp : 012-6106405


Terdapat 9 design utama..



















Kesemua sampul ini bersaiz :
(8cmx15.5cm)

Setiap 1 pack ada 5 keping!

1 pack(5pcs) = RM2


2 packs(10pcs) = RM 3.50
3 packs(15pcs) = RM5


4 packs (20pcs) =RM 7

5 packs (25pcs) =RM 8.50
6 packs(30pcs) = RM10 


(Boleh campur2 design!!!!)

+ postage RM3 (1-6 packs) –Semenanjung


+ postage RM4 (7-10 packs) - semenanjung

+ postage RM6 (11-30packs) -semenanjung
+ postage RM9 (31-50packs)- semenanjung



Berminat??? Boleh tanya atau order terus>>>>
Komen atau  SMS/Whatsapps 012-6106405



Anda nak SAMPUL EXTRA????!!!

Caranya:

LIKE kami di Sampul Duit Raya Sales 2013! bagi setiap pembelian RM10 & ke atas. Maklumkan kepada kami dan anda akan terima sampul extra !!!!


Dapatkan segera sebelum kehabisan stok!!!

Raikan hari raya dengan sampul bergaya dan gembirakn hati kanak-kanak!!!


Sunday, May 26, 2013

Majlis Pelancaran NILAM SKDN 2013

Assalamualaikum...
Sekian lama sejak saya tidak membuat sebarang update. Kini bermula sesi cuti sekolah pertengahan tahun. Dari awal tahun sehingga 23 Mei lalu banyak dah yang saya lalui,pelbagai aktiviti serta pengalaman.
Jadi sya mulakan dengan 'big event' iaitu Majlis Pelancaran NILAM di sekolah baru saya ni. 

NILAM bagi saya ialah 'asing' dari segi pengalaman. Setakat melaksanakannya semasa jadi guru matapelajaran English Year2 2012 je. Dilantik menjadi Penyelaras NILAM (mengikut surat lantikan la) atau sebenarnya GURU NILAM, menjadi sesuatu yang saya sendiri tak pasti boleh atau tidak saya laksanakannya. Sebagai guru baru di SKDN, saya terima je dgn pasrah sebagai guru sains. ACCEPT & ADAPT. Lagipun saya di SKDN lebih banyak mengajar English berbanding sains.

Perkara besar untuk awal tahun ialah Majlis Pelancaran Program NILAM. Seperti dijadualkan dalam takwim sekolah, 18 Februari 2013. Maka saya perlu bersedia. Tugas saya telah dipermudahkan oleh mantan guru nilam yang telah mengambil tempat GPMS yg bertukar sekolah. Beliau telah pun membuat perancangan dari A-Z lagi jadi, secara amnya saya membantu beliau melaksanakannya. Di tempat baru saya akui banyak cabarannya, nak selesa bekerja seperti sekolah lama mungkin mengambil masa. Walaubagaimanapun semua guru telah membantu saya.Terima kasih saya ucapkan.

Perkara yang saya suka, saya dapt buat buku program. Mungkin tidak menepati citarasa, tetapi boleh la untuk kerja di saat akhir. Di bawah ialah gambar sekitar majlis tersebut.


Di atas ni buku program yang saya ubah suai sket dari buku program asal...dah ubah baru mintak izin...haha...itu beserta fail simbolik untuk serahan kepada ketua panitia BM & BI.




Atas ni plak kek-kek 'sponsor' yang berjaya diperolehi..dapat dua tu...satu buku terbuka dan satu buku tertutup..disebabkan saiznye itu maka digunakan buku tertutup untuk perasmian...Red Velvet ok...yang buku terbuka tu kek span biasa je...tu pun ada komplen kek red velvet tu tak sesedap die pernah mkn,,,huh..tp alhamdulillah la kek tu 'gula' die x cair...Thanks diucapkan kepada Diyana's Bakery kat Taman Tasik Utama, Ayer Keroh yang bersusah payah menyiapkan tempahan kek buku ni last minute.





Ni masa tetamu nak datang..kumpulan kompang sekolah...thanks to Ustaz Sheh yang sudi membantu untuk kompang...


Atas ni plak..pengacara majlis TETAP & BERPENCEN sekolah..hehe..br saya tahu...thanks to Rizzman & kak Rozita 'Che Man'..Ucapan GB Asiah Mat Sab,Ucapan Perasmian, serta penyerahan fail program nilam kepada ketua panitia BM iaitu Cikgu Isa & Ketua Panitia BI iaitu Teacher Norainy..Thanks..


Ni plak atas ni..kerja keras Kak Safina untuk Pondok Ilmu..sememangnya ini perancangan beliau dari tahun lepas lagi..die yang mencari bajet ni..tahniah..perasmian pondok ilmu..banyak duit wooo...nampak tak saya yg cun sebelah perasmi tu,,haha..


Saya sebagai 'orang baru' kat sekolah ni merasa terharu untuk kerjasama yang diberikan.Saya banyak belajar. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua, saya tak buat banyak kerja pun,sekadar membantu sahaja. Bak kata GB pun tulang belakang majlis ni ialah Pn Safina yang sememangnya superb buat kerja. Kalo saya yang biasa2, buat setakat bajet ada je.
 "Accept & Adapt" adalah dua perkataan yang sentiasa ada dlm kamus saya..haha...

Buku Program NILAM ni???...kat entry lain ek.. :)

Saturday, April 13, 2013

2013 di Alor Gajah..

Pada April ni baru saya berkesempatan menaip  satu entry. Nak dikatakan busy sangat pun tak la jugak. Nak kata rileks pun tak jugak.Cuma mengutamakan apa yg lebih utama.Ada kelapangan br menghadap blog ni. Ditambah plak dgn klajuan internet yg tak mengizinkan.

Dari Januari sampai la pertengahan April ni, sebenarnya byk dah aktiviti. Cuma kelapangan utk share tu br nk ada.

Seperkara yg mnarik awal 2013 ini ialah sy bertugas di sekolah baru..di pekan Alor Gajah. Dari satu daerah ke daerah yg lain di Melaka. Setelah selesa dgn pekan Merlimau..kini sy dlm usaha menyesuaikan diri dgn tempat baru. Nasib la Melaka ni negeri yg kecik,pusing2 pun takla jauh sgt.

 Di hujung Disember 2012 saya melapor diri sambil berkenalan dgn jalan2 di sekitar pekan Slor Gajah.

Permandangan dari tingkat atas sekolah. (Fokus>> padang..hehe)

Ni gambar yg sempat diselamatkn sebelum folder gambar TERdelete. Nnti rajin saya ambil gambar lg. Masa ni tgh ambil mood. 

Perjalanan dari rumah ke tempat baru lebih kurang 15km je.Ambil masa 15-20 minit untuk sampai. Memang jauh berbeza hampir 3 kali ganda ke Merlimau. Sebelum ni jarak 45km ambil masa 45minit ke sejam nk sampai. Terasa sgt perbezaan tu.

Banyak lagi yang hendak dikongsikan..untuk sementara ni,ini sahajalah..

Akan saya kongsikan:
#taska/tadika anak saya
#guru kelas
#prlancaran NILAM <<< ada buku program hehe