Semalam dah pun berlalu..menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 dengan pembedahan kecil,buang gigi graham bongsu ataupun disebut sebagai impacted wisdom teeth.
Keputusan untuk menjalankan pembedahan ni diambil sekitar awal Mei kerana terdapat klinik pergigian yang baru dibuka di kawasan Tesco Cheng iaitu Klinik Pergigian Batrisya. Tengok nama pun rasanya milik bumiputera dan mesti letak nama sempena nama anak dentist ni. My first visit was on 3rd May 2012. Tu pun main terjah je sebelum singgah kat Tesco Cheng,kira walk in jela. Mula2 nak cek je dulu nak dapatkan advice dentist. sebelum tu ada jugak baca2 artikel mengenai pembedahan gigi bongsu ni dan ada tanya2 kawan kawan yang pernah buat minor surgery ni. Selepas dentist cek gigi, die bgtau yang gigi sebelah graham bongsu yang senget tu dah pun berlubang..huhu. So i decided nak buang jela gigi tu..kira let go jela. Dentist soh amik xray dulu kat klinik lain,Klinik Pergigian Mawar,dulu 2008 pernah pergi klinik ni tp masa tu xde xray lg,so dah ada kemajuan la dah ada xray. Dengan kesibukan sedia ada maka xray ni terpaksa la buat waktu cuti sekolah 2 minggu ni.
Hari Isnin 28 Mei pergi la mengembara ke arah Taman Cempaka menuju ke Klinik Pergigian Mawar. Mujur tak ramai patient menunggu, ada la 5 orang. 5 orang pun kena tunggu sejam lebih jugak la. Sempat la turun kat 7 Eleven beli majalah Ujang dan sempat la abis baca. Sampai pukul 10.10 am, tunggu2 dah kul 11,so kena turun plak nak gores kupon parking untuk jam yang seterusnya,kang x pasal2 kena saman, ala 60 sen je.Tiba giliran, macam berdebar jugak la nak xray gigi. Lain sket la daripada xray biasa yang buat untuk medical check up tu. Dentist tu plak kata "sakit sket ye"..huhu..lg berdebar, tp xla sakit sgt cuma die menekan sket masa nak masukkan alat tu.Ingatkan kena tunggu 2 3 hari ke,rupanya siap time tu jugak. Dentist tu explain sket dan soh berbincang dgn dentist yang nak buat surgery nnti. Disebabkan buat 2 xray untuk gigi kanan dan gigi kiri so kena caj RM 70 (RM 35 each). Terus je menuju ke Cheng ke Klinik Pergigian Batrisya.Tiba lebih kurang kul 12.30pm. Bagi terus xray yang dah dapat tu, dan jumpa dentist terus. Dentist tu explain la, aku pun tanya2 la sket.Bila dah decide nak buat minor surgery tu,nak set appointment, aku pun kata nak tampal dulu la yang second molar yang dah berlubang tu. Dentist kata die buat tampalan sementara dulu. Dah buat surgery nnti baru bleh buat tampalan kekal. Mungkin kena buat rawatan akar sebab lubang dah besar.
Appointment dah set Hari Khamis 31 Mei..baru perasan tu tarikh wedding anniversary. Takpela,bila lg kalau asyik bertangguh. Kalau ikut xray aritu gigi tu kira macam horizontal impaction..cewah..tp melintang la.. x sempat nak amik gambar xray. Aritu Mr Suami hantarkan ke klinik,kebetulan plak die cuti ada urusan.
Doktor pun sapukan gel warna merah,nak bg kebas kot sebelum die suntik bius. Lebih kurang kul 2.45 die bagi first dos bius.Kul 3 dentist dan assistantnya mula menggrudi gigi...huhu..memang x sakit tp terasa gegarannya dan terdengar bunyi mesin tu..kan dekat dengan gegendang.Risau je nnti sakit kepala macam masa buat tampalan aritu. Kul 3.45 lebih kurang,masa dentist tengah operasi tu aku dah terasa sakit sket masa die cucuk,aku terus bgatu die sakit,so die pun tambah dos bius lag tiga kali suntik.Dalam kul 4 camtu die kata dah keluar dah gigi. Macam terdengar die kata dah keluar dah baby..haha..teringat macm time bersalin dulu. walaupun time tu x sakit lg,tp memang sangat berdebar bila teringatkan macam mana la sakit bila bius ni ilang.Dentist pun mula menjahit,terasa la benang tu kat bibir. Dalam 4.15 siap. sebelum discaj,diberikan ubat jenis ubat tahan sakit, Tramadol dan Ponstan. Tramadol ni dentist kata kuat sket dan menyebabkan mengantuk. Disebabkan td surgery agak lama,die kata blik terus amik ubat ni.Ponstan makan bila sakit dah kurang sket. Dapat antibiotik, ubat susut bengkak dan ubat kumur HexiPro. Balik dinasihatkan terus letak ice pack kat bawah bahagian gigi tu..kira tuam sejuk la. Caj surgery RM250 campur dengan ubat total RM296. Mr suami pun dah menunggu masa tu. Terima kasih doktor.huhu.
Ni sempat amik gambar tempat pembedahan..tp ni bukan amik sendiri..save dari Facebook klinik ni..cantik la klinik ni,lgpun baru plak tu..
Balik je terus makan ubat terus tuam dengan ais. Bedebar je tunggu kesan bius ilang. Pastu dah rasa sakit sket. Bisa jugak la bila nak telan air liur. Nak tido susah sebab nak telan air liur sakit,nak telan air pun sakit. Tp nasib x sakit kepala. Mr suami terpaksa la menjaga dua orang budak sementara berehat. Mula banyak kali jugak tukar kapas,pastu dah nak tido tu x pakai kapas dah sebab rasa ada benda dalam mulut lg banyak air liur..nnti lg sakit plak. dapat la tido walaupun x brapa lena.
Bila Mr suami bangun kul 5 nak bersiap pergi kerja,sakit pun dah x brapa rasa. Dari malam dah tuam dengan ais, so mungkin x nampak sgt bengkak. Dah stat amik ponstan je x amik tramadol dah.
leh tanya..gigi geraham tu tumbuh camne..saya pun nk buat jugak..tgh survey klinik..tq -linda-
ReplyDeleteBoleh google utk gambar >> impacted wisdom tooth
ReplyDeletesaya tumbuh horizontal/melintang..so nak tahu kosnye agak2 berapa yek?-linda-
ReplyDeletesaya pun baru cabut gigi graham bongsu 2 hr lps... nasib x senget, so blh cabut biasa je... saya seorg yg penakut...dah berapa kali postponed nak pg klinik... smpi dah berlubang teruk gak... hehe. .. tp alhamdulillah... Dr tu wat keje dgn baik & lemah lembut... smpi x rasa skt lgsung... tq to klinik batrisya cheng...
ReplyDeleteAd sape2 tau tak brpa yer kos utk pmbedahan geraham bongsu tu skrg? Tgh survey harga yg pling rendah. Tq
ReplyDelete