Friday, June 22, 2012

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Kali ni saya share kan BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR sekolah saya. Untuk Majlis kali ni kite bekerja belakang tabir je,sebelum hari kejadian..Majlis ni sebenarnya tertunda akibat beberapa masalah yang tidak dijangkakan,buku program pun sebenarnya dah siap terlebih dahulu sebelum buku program hari guru. Setelah beberapa kali edit akhirnya siap juga...biasa last2 minit yang berubah ialah tentatif serta senarai jawatankuasa..


Cover Buku Program Persaraan




Muka surat 2 & 3

Muka surat 4&5

Muka surat 6&7

Muka surat 8&9

Muka surat 10&11

Muka surat 12-Last page

Buku ni buat dalam bentuk booklet.Disebabkan gambar2 yang terhad, terpaksa la menggunakan gambar2 sedia ada. GB taknak gambar2 lama die dipublish kan,so kite guna gambar yang ada je..tu pun dapat satu gambar die masa mula berkhidmat,dapat dr PT..

Untuk versi PDF boleh tengok kat sini >>> BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN


Jika berminat untuk dapatkan softcopy dalam bentuk publisher boleh tinggalkan emel di ruangan komen.



Friday, June 1, 2012

Minor Oral Surgery: Pembedahan Geraham Bongsu 2

Kat entry kali ni saya nak share helaian yang saya dapat selepas pembedahan di Klinik Pergigian Batrisya. Actually perkara ni telah pun diterangkan oleh dentist sebelum menjalankan pembedahan dan semasa mendapatkan nasihat untuk menjalankan pembedahan.Sebelum pembedahan dijalankan, dentist soh baca dan soh tandatangan untuk beri kebenaran buat rawatan. Basically i put my trust on her to do the surgery. Tahniah la doktor, dan terima kasih kerana berjaya mencabut gigi tersebut.

PERKARA YANG MUNGKIN BERLAKU SELEPAS PEMBEDAHAN GERAHAM BONGSU

1. Muka di bahagian pembedahan akan kelihatan bengkak sehari selepas pembedahan. Bengkak akan mula susut selepas 2-3 hari. Anda boleh menggunakan kiub ais yang dibungkuskan dengan kain bersih untuk mengurangkan bengkak. (Tuam di tempat yang bengkak).

2. Bahagian pembedahan akan terasa sakit selepas kesan bius hilang (Lebih kurang 2 jam). oleh itu, anda perlu mengambil ubat tahan sakit yang dibekalkan dan sekiranya perlu ubat boleh diambil lagi selepas 6 atau 8 jam.

3. Anda mungkin mengalami masalah pengunyahan, kepedihan di bahagian tepi bibir atau kawasan luka dan sukar membuka mulut seperti biasa. Oleh itu, anda dinasihatkan makan makanan yang lembut.

4. Adalah penting untuk anda mengekalkan tahap kebersihan mulut yang baik untuk mempercepatkan proses pembaikan di kawasan pembedahan. Anda digalakkan berkumur dengan air suam bercampur dengan 1/2 sudu teh garam sehari selepas pembedahan, sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk 4-5 hari.

5. Anda dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman/makanan yang panas serta berkumur secara kuat sehingga darah betul-betul berhenti. Anda juga dinasihatkan supaya tidak merokok atau minun minuman beralkohol buat 24 jam yang pertama untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

6. Sekiranya didapati darah tidak berhenti atau berlaku pendarahan dari tempat pembedahan, gigit kapas/kain bersih selama 20-30 minit dengan kuat dan jangan berbaring. jika berterusan, sila kembali ke klinik atau klinik berhampiran atau Jabatan Kecemasan Hospital (jika selepas waktu pejabat).


 Selepas sahaja balik dan tiba di rumah, memang saya terus makan ubat-ubatan yang dibekalkan dan terus tuam bahagian bawah kawasan gigi yang dicabut tu dengan ais sebelum rasa sakit. Selepas kesan bius hilang memang sakit bila nak telan air liur pun. Kawasan luka pembedahan tu xla terasa berdenyut ke tp rasa la sakit sket. sket je..hehe..kapas memang kena tukar selalu mula-mula tu. Bila selesai makan atau minum memang saya terus berkumur guna air garam ataupun ubat kumur yang dibekalkan oleh klinik. Kat umah memeng dah standby aiskrim, milo sejuk dan sebagainya sebagai persediaan. Kena ingat,nak makan ubat sume kena lepas makan. Jangan biar perut kosong. So sekarang setelah 24 jam setelah pembedahan saya tak rasa sakit cuma mulut memang xleh bukak besar tp cukup la nak suap makanan dan nak berus gigi. Ha.. lupa, dentist pesan gigi bahagian lain kena gosok ye.

Minor Oral Surgery : Pembedahan Geraham Bongsu

Semalam dah pun berlalu..menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 dengan pembedahan kecil,buang gigi graham bongsu ataupun disebut sebagai impacted wisdom teeth.

Keputusan untuk menjalankan pembedahan ni diambil sekitar awal Mei kerana terdapat klinik pergigian yang baru dibuka di kawasan Tesco Cheng iaitu Klinik Pergigian Batrisya. Tengok nama pun rasanya milik bumiputera dan mesti  letak nama sempena nama anak dentist ni. My first visit was on 3rd May 2012. Tu pun main terjah je sebelum singgah kat Tesco Cheng,kira walk in jela. Mula2 nak cek je dulu nak dapatkan advice dentist. sebelum tu ada jugak baca2 artikel mengenai pembedahan gigi bongsu ni dan ada tanya2 kawan kawan yang pernah buat minor surgery ni. Selepas dentist cek gigi, die bgtau yang gigi sebelah graham bongsu yang senget tu dah pun berlubang..huhu. So i decided nak buang jela gigi tu..kira let go jela. Dentist soh amik xray dulu kat klinik lain,Klinik Pergigian Mawar,dulu 2008 pernah pergi klinik ni tp masa tu xde xray lg,so dah ada kemajuan la dah ada xray. Dengan kesibukan sedia ada maka xray ni terpaksa la buat waktu cuti sekolah 2 minggu ni.

Hari Isnin 28 Mei pergi la mengembara ke arah Taman Cempaka menuju ke Klinik Pergigian Mawar. Mujur tak ramai patient menunggu, ada la 5 orang. 5 orang pun kena tunggu sejam lebih jugak la. Sempat la turun kat 7 Eleven beli majalah Ujang dan sempat la abis baca. Sampai pukul 10.10 am,  tunggu2 dah kul 11,so kena turun  plak nak gores kupon parking untuk jam yang seterusnya,kang x pasal2 kena saman, ala 60 sen je.Tiba giliran, macam berdebar jugak la nak xray gigi. Lain sket la daripada xray biasa yang buat untuk medical check up tu. Dentist tu plak kata "sakit sket ye"..huhu..lg berdebar, tp xla sakit sgt cuma die menekan sket masa nak masukkan alat tu.Ingatkan kena tunggu 2 3 hari ke,rupanya siap time tu jugak. Dentist tu explain sket dan soh berbincang dgn dentist yang nak buat surgery nnti. Disebabkan buat 2 xray untuk gigi kanan dan gigi kiri so kena caj RM 70 (RM 35 each). Terus je menuju ke Cheng ke Klinik Pergigian Batrisya.Tiba lebih kurang kul 12.30pm. Bagi terus xray yang dah dapat tu, dan jumpa dentist terus. Dentist tu explain la, aku pun tanya2 la sket.Bila dah decide nak buat minor surgery tu,nak set appointment, aku pun kata nak tampal dulu la yang second molar yang dah berlubang tu. Dentist kata die buat tampalan sementara dulu. Dah buat surgery nnti baru bleh buat tampalan kekal. Mungkin kena buat rawatan akar sebab lubang dah besar.

Appointment dah set Hari Khamis 31 Mei..baru perasan tu tarikh wedding anniversary. Takpela,bila lg kalau asyik bertangguh. Kalau ikut xray aritu gigi tu kira macam horizontal impaction..cewah..tp melintang la.. x sempat nak amik gambar xray. Aritu Mr Suami hantarkan ke klinik,kebetulan plak die cuti ada urusan.
Doktor pun sapukan gel warna merah,nak bg kebas kot sebelum die suntik bius. Lebih kurang kul 2.45 die bagi first dos bius.Kul 3 dentist dan assistantnya mula menggrudi gigi...huhu..memang x sakit tp terasa gegarannya dan terdengar bunyi mesin tu..kan dekat dengan gegendang.Risau je nnti sakit kepala macam masa buat tampalan aritu. Kul 3.45 lebih kurang,masa dentist tengah operasi tu aku dah terasa sakit sket masa die cucuk,aku terus bgatu die sakit,so die pun tambah dos bius lag tiga kali suntik.Dalam kul 4 camtu die kata dah keluar dah gigi. Macam terdengar die kata dah keluar dah baby..haha..teringat macm time bersalin dulu. walaupun time tu x sakit lg,tp memang sangat berdebar bila teringatkan macam mana la sakit bila bius ni ilang.Dentist pun mula menjahit,terasa la benang tu kat bibir. Dalam 4.15 siap. sebelum discaj,diberikan ubat jenis ubat tahan sakit, Tramadol dan Ponstan. Tramadol ni dentist kata kuat sket dan menyebabkan mengantuk. Disebabkan td surgery agak lama,die kata blik terus amik ubat ni.Ponstan makan bila sakit dah kurang sket. Dapat antibiotik, ubat susut bengkak dan ubat kumur HexiPro. Balik dinasihatkan terus letak ice pack kat bawah bahagian gigi tu..kira tuam sejuk la. Caj surgery RM250 campur dengan ubat total RM296. Mr suami pun dah menunggu masa tu. Terima kasih doktor.huhu.

Ni sempat amik gambar tempat pembedahan..tp ni bukan amik sendiri..save dari Facebook klinik ni..cantik la klinik ni,lgpun baru plak tu..





Balik je terus makan ubat terus tuam dengan ais. Bedebar je tunggu kesan bius ilang. Pastu dah rasa sakit sket. Bisa jugak la bila nak telan air liur. Nak tido susah sebab nak telan air liur sakit,nak telan air pun sakit. Tp nasib x sakit kepala. Mr suami terpaksa la menjaga dua orang budak sementara berehat. Mula banyak kali jugak tukar kapas,pastu dah nak tido tu x pakai kapas dah sebab rasa ada benda dalam mulut lg banyak air liur..nnti lg sakit plak. dapat la tido walaupun x brapa lena.

Bila Mr suami bangun kul 5 nak bersiap pergi kerja,sakit pun dah x brapa rasa. Dari malam dah tuam dengan ais, so mungkin x nampak sgt bengkak. Dah stat amik ponstan je x amik tramadol dah.