Thursday, May 17, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

SELAMAT HARI GURU!!!!

Sehari telah berlalu setelah menyambut Hari Guru pada tahun ni. Tahun ni kali ke-4 sambut Hari Guru di sekolah yang sama. Agak rileks sebab dah  tak jadi emcee,kalo jd emcee nak makan ke,nak sukan ke rasa x syok je sbb bdebar2 nnti nak tggu pergi ke dewan.Tahun ni kita sit back and relax. Enjoy watching the performances. Persiapan sebenarnya agak last minit,semua tgh sibuk memikirkan hari persaraan guru besar,sedikit sebanyak mengganggu persiapan sambutan hari guru yang kebetulan berlaku dalam jarak yang agak dekat. Tentatif dgn ajk pun buat last minit. Walau macam mana pun, TAHNIAH kepada semua warga SRAMP, tak kira cikgu ataupun murid dan juga para pekerja yang turut menjayakan Sambutan Hari Guru tahun 2012 ni. Last2 minit pun semua berjaya dilaksanakan sebab warga SRAMP yang komited terhadap tugas masing2.

Seperti yang  telah di'post' pada entry sebelum ni, tahun ni menggalas tugas membuat buku program. Buku program tu x dpat diedarkan pada semua sebab arahan GPK1. Jangan marah ye, saya dah pun printkan tentatif serta lagu untuk digunakan semasa hari kejadian.

Aktiviti pagi bermula dengan guru-guru kelas mengambil kedatangan murid2. Selepas tu, pengacara majlis mengumumkan kepada murid2 yang berhajat memberikan hadiah kepada guru2 boleh memberikan kepada guru yang berkumpul di kantin. Pagi yang ceria diceriakan lagi dengan seorang murid datang memberikan nasi lemak.. macam tahu2 je cikgu lapar pagi2 ni.Hadiah yang menarik.

Selepas tu bermula la aktiviti memanaskan badan serta simple aerobik dan disusuli dengan permainan bola jaring dan futsal >>>guru vs murid...disebabkan guru2 ni macam terlebih hebat (hehe..) maka bertukar setiap pasukan ada campuran murid dan guru. jom tgk aksi yang sempat dirakamkan oleh jurufoto hari guru kita cikgu Nurul Hidayah. Thanks ye sebab sudi kongsi gambar.

Murid seronok ber'aerobik'...















Sunday, May 13, 2012

Buku Program Hari Guru 2012


Ni Muka Depan Awal..sebelum diedit..

16 Mei nanti akan ada sambutan hari guru...special day for teachers...jadi dah buat sedikit persiapan untuk buku program. Baru siap muka depan..isi-isi dalam pun sedang dilengkapkan,tinggal nak masukkan tentatif...son nnti dah siap,ckgu akan share isinya..

16 Mei merupakan hari yang istimewa buat warga pendidik khususnya guru..16 Mei ialah sambutan hari guru..setelah 2 tahun jd emcee, tahun ni cikgu buat buku program plak. Muka depan telah pun diedit, maklumat2 asas pun ada, dengan tentatif yang telah diubah beberapa kali dan dengan lengkapnya senarai ajk serta penerima anugerah hari guru, maka lengkaplah buku program hari guru pada tahun ni.

Semua ni boleh dilihat secara keseluruhan melalui format PDF 





Hihi..ada nama cikgu kat situ..cikgu dah tahu nak dpt hadiah...:)


 Semua maklumat asas mengenai sejarah,objektif,logo,tema serta lagu tu boleh didapati dari laman web KPM >> HARI GURU

Saya design buku program ni dengan menggunakan Publisher,so x dpt nak upload kat scribd dlm bentuk publisher,so dah save guna PDF untuk scribd..so sesiapa berminat nak dapatkan buku program ni dlm bentuk publisher boleh request via emel <azzahra_83@yahoo.com> ataupun tinggalkan emel di ruangan komen.

Semoga sharing ini bermanfaat...Selamat Hari Guru...




Wednesday, May 9, 2012

Diorama Sains

Ini adalah antara P&P yang agak lain berlainan sedikit.Kalau ikutkan yang sebenarnya, ini merupakan aktiviti sampingan sahaja. Membuat diorama ni mengambil masa juga sebenarnya dengan kelas hanya 2 masa je seminggu.Disebabkan kelas 2 Abu Bakar ni agak "cepat", maka aktiviti ini boleh dijalankan dengan  menggunakan 2 masa je (1 jam)..Setelah murid2 ni melihat contoh pada buku teks, maka bertambah2 la excited diorang ni,cikgunye pun jd excited jugak..

Contoh diorama pada buku teks merupakan diorama haiwan yang tinggal di  laut..so dengan berpandukan rujukan sedia ada di laman DBP, saya lihat contoh untuk sediakan gambar2 haiwan yang sesuai.

Sebelum tu dah suruh murid2 ni bawa kotak kasut sendiri,dan minta diorg warnakan kotak tersebut siap2 kat rumah supaya cepat sket proses nak hasilkan diorama diorang sendiri.

Ni contoh diorama yang ada pada laman web contoh.

Contoh Diorama Tempat Tinggal Haiwan




Berdasarkan contoh ni, cikgu pun sediakan template untuk gambar2 ni mengikut kategori safari, laut dan kutub.
Cuma kutub tu campur haiwan kutub utara dan kutub selatan..hehe..

Ni contoh template gambar haiwan yang digunakan..gambar2 ni diperolehi dari koleksi clipart kat internet dan koleksi dari kawan2..

Template gambar Haiwan

Diorama - Gambar Haiwan Di Laut

Diorama  - Gambar Haiwan Safari



Diorama  - Gambar Haiwan di Kutub



Template-template ni boleh di download dalam bentuk pdf untuk diprint

1. Haiwan untuk Diorama Laut
2. Haiwan untuk Diorama Safari
3. Haiwan untuk Diorama Kutub

Jadi setiap murid/kumpulan diberikan gambar2 ini untuk diwarnakan terlebih dahulu,kemudian tampalkan pada kertas keras (kad manilla). kemudian guntingkan mengikut bentuknya dan ditampal disusun mengikut kreativiti masing-masing.






Steps yang lebih detail boleh rujuk pada laman  ni >> www.firstpallete.com (habitat diorama)

Laman web ni plak menunjukkan kraf yang sesuai untuk kanak2..Kid's craft..
ada bermacam2 pilihan untuk kanak2..untuk english lesson pun ok...>>>> www.enchantedlearning.com

Ada juga contoh diorama2 yang lain yang lebih advance,mungkin boleh guna untuk ajar seni untuk upper level la kat laman >>>>  www.squidoo.com/shoebox-diorama

My safari diorama....
Tu contoh diorama safari yang cikgu buat dalam masa setengah jam..huhu..tu pun terpaksa minta tolong murid warnakan...simple je tp ok la..kat bawah ni safari diorama kat web first pallete tu..walaupun tak setanding...boleh la nak buat contoh kat murid...


first pallete safari diorama

So far cikgu dan murid seronok melihat hasilnye...sebab sume buat sendiri...dan dapat tampal kat belakang kelas untuk tatapan orang lain...



Murid pun ada kreativiti masing-masing,cuma kena bentukkan dan berikan mereka ni lebih masa....



Tersenyum je..excited sbb nak tangkap gambar..
Ni plak hasil murid lelaki..buat diorama kutub..sume nak cepat je...:)