Monday, December 17, 2012

Demonstrasi Sembelihan & Jamuan Tahun 4

Selepas Hari Kokurikulum 5hb (Isnin)..keesokannya ialah aktiviti bersama tahun 6 iaitu Demonstrasi Sembelihan Burung Puyuh...dan juga kebetulan tarikh yang sama ada kelas tahun 4 bergabung untuk mengadakan jamuan akhir tahun...dan kebetulan juga cikgu ada guru mentor kelas 4 Umar...

Aktiviti sembelihan ini merupakan aktiviti tahunan untuk tahun 6 cuma pada kali ini dah x pakai ayam tetapi menggunakan burung puyuh pulak...lebih kecil dan mudah untuk murid mencuba..cikgu difahamkan bahawa tahun lepas demonstrasi sahaja dan tahun ni murid kena cuba sembelih sendiri...ada 50 ekor burung puyuh di'import' oleh Ustaz Jalil dan semua dah standy untuk cabut bulu untuk buat barbeque..wau...

Sekilas yang dapat cikgu ambil gambar..huhu..cikgu pun tak berani sangat..ada juga murid lelaki yang takut dan ada juga murid perempuan yang cuba....

Puyuh dalam sangkar...ustaz Jalil menunjukkan cara sembelihan dan murid mencuba..
Gambar murid mencabut bulu burung puyuh dan aktiviti barbeque cikgu tak sempat rakam sebab masa tu ada kelas...hehe...dan menghadiri jamuan pulak...tu atas ialah anak angkat cikgu..cikgu nak tgk die sembelih puyuh tapi die kata kesian jd menyendiri di tepi dewan..Muhammad Abd Hamid..

Sempat posing sebelum makan...kenangan terakhir bersama mereka..

Cikgu pasti rindukan kesemua anak murid cikgu...tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat pertama posting..hehe...ini antara kelas yang cikgu sayang sebab cikgu adalah cikgu mentor kelas ni >> 4 UMAR 2012..

No comments:

Post a Comment