Monday, December 17, 2012

Hari Ko-kurikulum 2012 SRAMP

Ni dah menjelang tahun baru 201, tetapi ini ada kesempatan masa sedikit untuk update aktiviti yang TELAH pun berlalu sepanjang 2012 ni. Maka...untuk entri kali ini cikgu Timah "update" Hari Kokurikulum SRAMP yang telah pun berlangsung 5 November lalu...

Hari Koku ni dirancang dengan agak cepat jugak dengan kata lain kira macam last minit la sebab dah nak habis penggal persekolahan dengan nak tanda kertas periksa lagi dengan ramai guru-guru yang keluar sebab berkursus dan sebagainya....walaubagaimanapun ianya berjaya dilaksanakan dengan JAYANYA berkat komitmen para guru SRAMP ni demi untk anak-anak murid yang tercinta.

Jadi kesimpulan aktiviti yang berjaya dijalankan  ialah...
  • Pertandingan Kawad Kaki
  • Pertandingan Balutan Anduh
  • Pertandingan Mewarna Tahap 1
  • Pertandingan Pakaian Seragam Terbaik (Individu)
  • Demonstrasi Masakan Sandwich
  • Penyampaian Anugerah Ko-Kurikulum
Setakat tu je yang cikgu ingat..hehe..agak simple tp menarik..semua aktiviti ini dijalankan pada waktu pagi sehingga tamat persekolahan, maka dengan itu tiada cuti peristiwa...harap maklum.

Ni semasa sesi latihan...


Pertandingan mewarna tahap 1 di kantin...


Yang ni saje je..sesi bermesra dengan murid tahun 6..masing-masing nak pindah la katakan....



Pertandingan balutan anduh...Johan...


Ni pun saje juga..dengan murid tahun 6..belakang dewan..

Sebenarnya..pada ketika Hari Kokurikulum ni dijalankan, ianya merupakan minggu terakhir persekolahan dan kami 7 orang daripada guru di SRAMP mendapat berita yang kami BERJAYA tukar sekolah...termasuk la saya,jadi agak sedih juga melalui minggu terakhir bersama yang lain terutama dengan murid tahun 6 yang sangat saya sayangi....

No comments:

Post a Comment